![]() |
| 14th year of the Malaysian Formula 1 Grand Prix |
"Buat pertama kalinya enam orang juara dunia berhimpun di Malaysia. Ini merupakan satu tarikan utama bukan sahaja kepada peminat pemotoran tanah air, malah peminat seluruh dunia.
"Juara 2007, Kimi Raikkonen akan kembali beraksi selepas dua tahun menyepi, Sebastian Vettel merupakan juara bertahan dua tahun berturut-turut, Jenson Button, Lewis Hamilton Fernando Alonso dan juga Michael Schumacher. kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.
Malaysia menjadi venue kedua perlumbaan berprestij dunia ini selepas GP Australia membuka tirai pada 16 hingga 18 Mac ini.
